Monday, December 17, 2012

Nasihat PERCUMA sebelum buat apa2 pelaburan

Seringkali kita terbaca kes-kes penipuan pelaburan di dada akhbar dan peti televisyen. Di bawah ini adalah salah satu daripada kes tersebut. Bermacam medium digunakan untuk melindungi pengambilan deposit secara HARAM dari segi undang-undang dan hukum syara'. Antara medium-medium tersebut ialah:-

a. Tanaman - pokok stevia, kayu jati
b. Binatang - lintah, ikan hiasan, ikan keli, burung walet, lembu susu, cicak tokek
c. Logam - emas, perak

Selalunya apabila anda terlibat dengan pelaburan-pelaburan sebegini anda kena 'sign' kontrak. Apa yang anda dapat apabila membuat BAYARAN/DEPOSIT hanyalah kepingan KERTAS. Inilah sebabnya transaksi seperti ini perlukan kelulusan Bank Negara Malaysia.

Untuk makluman semua, hanya institusi kewangan (bank, syarikat insuran/takaful) sahaja yang selalunya diberi kebenaran oleh Bank Negara Malaysia untuk mengambil duit daripada orang ramai. Selain daripada itu anda adalah dinasihatkan BERHATI-HATI! Kalau boleh kita tidak mahu lagi perkara seperti ini berlaku. 

Justeru itu anda boleh bertanya saya sebelum membuat apa-apa pelaburan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment