Saturday, February 18, 2012

Sukarnya proses jual-beli saham BSKL


1. Sebarang urusniaga beli dan jual saham di pasaran saham perlu menggunakan khidmat broker.

2. Kita tidak boleh membeli atau menjual saham secara terus seperti jual-beli barang di pasar malam, walaupun pelabur tersebut berada di Bursa Malaysia, tempat dimana urusniaga saham berlangsung.

3. Broker pula perlulah terdiri daripada syarikat-syarikat broker yang mempunyai lesen dan berdaftar dengan Bursa Malaysia.

4. Syarikat broker yang mempunyai lesen dan berdaftar dengan Bursa Malaysia boleh didapati di sini.

5. Selepas memilih syarikat broker, kita perlu membuka CDS akaun dan juga Trading akaun di syarikat broker saham yang dipilih tadi.

6. Selepas kedua-dua akaun ini dibuka, syarikat broker tersebut akan assign seorang remiser yang akan menguruskan akaun kita. Remiser adalah main contact kita di syarikat broker tadi. Jadi untuk memudahkan urusan, kita perlu hafal client code kita, nama remiser kita dan juga id remiser sekali kalau ada.
7. Remiser inilah orang yang perlu kita hubungi  jika hendak membeli atau menjual saham secara offline. Kalau ada apa-apa masalah berkaitan dengan akaun pun, boleh minta remiser untuk bantu kita selesaikannya.
8. Disamping menguruskan akaun pelaburan kita, kita juga boleh meminta nasihat atau pandangan dari remiser berkenaan saham yang kita berminat nak beli. Tapi jangan terlalu bergantung atau  percaya sepenuhnya kepada remiser. Sebagai pelabur, kita perlu membuat research kita sendiri sebelum membeli sesuatu saham.
9. Terdapat 2 cara untuk beli dan jual saham di pasaran saham iaitu secara  offline atau online.
10. Offline trading bermaksud pelabur perlu menghubungi remiser personally melalui phone untuk place order (beli atau jual saham).
11. Online trading pula bermaksud pelabur menggunakan platform internet untukplace orderOnline trading selalunya tidak disertakan dengan pakej nasihat atau pandangan dari remiser. Semuanya adalah di atas bahu pelabur semata-mata.
12. Oleh yang demikian, online trading mengenakan caj broker yang rendah berbanding dengan offline trading.
13. Untuk membeli saham, pelabur perlu mempunyai duit yang mencukupi di dalam trading akaun untuk menampung kos belian saham dan kos transaksi.
14. Kos tersebut akan di tolak daripada trading akaun pada hari T+3 by 12.30pm, dan pada masa yang sama, unit saham yang dibeli tadi akan dimasukkan ke dalam akaun CDS pelabur.
15. Begitu juga dengan proses jualan saham. Duit jualan saham akan dimasukkan ke dalam trading akaun pelabur pada T+3 by 12.30pm, dan pada masa yang sama, unit saham yang dijual tadi akan ditolak dari akaun CDS pelabur.
16. Selepas urusniaga beli/jual saham selesai, contract note akan dihantar oleh syarikat broker kepada pelabur. Semenjak perlaksanaan e-contract, pelabur akan menerima contract note melalui emel.
17. Contract note akan mencatatkan tarikh belian/jualan saham (iaitu tarikh T-day), saham syarikat yang dibeli/dijual, jumlah unit saham yang dibeli/dijual, kos belian/jualan saham, kos transaksi dan nilai bersih belian/jualan saham.
18. Pelabur perlu memeriksa butir-butir tadi pada contact note dan pastikan ianya betul dan tepat.
Related posts:
  1. Asas Saham: Caj Urusniaga Saham
  2. Asas Saham: Bagaimana Untuk Melabur di BSKL
  3. Asas Saham: Apa itu IPO
  4. Asas Saham: CDS account
  5. Asas Saham: Direct Acc Vs Nominee Acc

Saturday, February 4, 2012

Teknik Jualbeli Emas/Perak Yang Menguntungkan

Salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

  • Tahukah anda KENAIKAN dan PENURUNAN harga emas dan perak berlaku berkali-kali dalam setahun? 
  • Tahukah anda sekarang ialah waktu untuk MENJUAL EMAS? 
  • Tahukah anda sekarang ialah waktu untuk MEMBELI PERAK?

Ada pelabur yg merasa rugi bila membeli emas atau perak walaupun mereka akan tetap untung akhirnya. Sebenarnya ada perbezaan di antara melabur dan 'trade' emas dan perak. Melabur hanya sekali lepas tu menunggu. Tetapi 'trade' atau jual/beli emas dan perak boleh dilakukan berkali-kali dalam setahun/sepanjang masa. Maknanya berkali-kalilah anda akan untung. Tetapi nak untung mesti ada ILMU. Di sinilah perlunya Strategi 5B. Apa itu 5B? 5B ialah teknik yang telah diuji dan terbukti mendatangkan keuntungan apabila 'trade' emas atau perak. 5B ialah:

- Bila Nak Beli
- Bila Nak Jual
- Berapa Banyak Nak Beli
- Berapa Banyak Nak Jual
- Bila Nak Beli Semula

Kalau anda mahu belajar ILMU Strategi 5B anda perlu klik banner di bawah: