Monday, May 21, 2012

Emas dan perak sebenarnya adalah matawang

Dua malam lepas saya berpeluang mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi Tahir, penceramah jemputan Kedah FM. Kalau di Kedah, beliau selalu menjadi rujukan untuk persoalan muamalat, faraid dan sistem kewangan Islam. Malam itu sepatutnya kuliah berkenaan faraid tetapi beliau tukar tajuk sebab ramai yang tak bawa kitab :)

Beliau membincangkan tajuk 7 dosa besar antaranya syirik, sihir, makan harta anak yatim, makan riba dan lain-lain. Bab makan riba yang paling ditekankan. Antara point penting ialah berkenaan emas dan perak. Dia menyebut dgn jelas bahawa emas dan perak adalah sebenarnya matawang sama seperti RM, USD, AUD dan lain-lain. Cumanya matawang emas (dinar) dan perak (dirham) tidak lagi digunakan sekarang. Oleh sebab itu hukumnya harus membeli, menjual dan mengambil keuntungan dari kenaikan harga emas dan perak!

Cuba perhatikan gambar di bawah, pasti anda juga bersetuju dengan kenyataan tersebut. Apa yang menarik lagi, walaupun emas dan perak sudah tidak digunakan sekarang kedua-dua logam ini masih dan amat stabil untuk tujuan jualbeli dan pelaburan.

No comments:

Post a Comment