Tahun 2012 hampir melabuhkan tirainya. Bukan lagi rahsia, harga emas dunia tidak melepasi $1,800 seperti yang diharapkan. Apapun sebagai pelabur atau 'trader' emas kita perlu berfikiran positif. Tahun 2012 sebenarnya merupakan tahun yang agak bagus buat pembeli emas kerana ramai yang berpeluang membeli emas pada harga rendah.
Kepada yang belum bermula anda disarankan mengambil peluang ini kerana ada potensi kenaikan harga emas dunia pada tahun 2013. Apabila harga emas mencecah harga terendah ia berpotensi menuju harga tertinggi!
Trend harga emas masih dalam keadaan menaik jika di lihat dalam jangka masa panjang. Tidak mustahil untuk ia melepasi $1,800 dan seterusnya melonjak ke $1,900 seperti yang telah dicapai pada tahun 2011. Malah ada penganalisa emas menjangka kenaikan sehingga $2,000!
Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas
Di sini sekali lagi saya ingin mencadangkan produk Public Gold kerana syarikat ini menyediakan platform jualbeli emas yang selamat. Ada beberapa syarikat lain yang tidak mematuhi etika perniagaan emas apabila terlibat dengan pengambilan deposit secara tidak sah dan menjanjikan pulangan keuntungan untuk mengaburi mata pembeli emas.
Keuntungan dari jualbeli emas hanya boleh dinikmati melalui kenaikan harga emas dan komisen menjual emas. Beli pada harga rendah dan simpan, bila harga naik jual untuk meraih untung. Komisen juga boleh diperolehi apabila anda menjadi Dealer/Pengedar emas. Di sinilah kelebihan Public Gold di mana ia menawarkannya kepada pelanggan.
Akhir kata saya mendoakan kejayaan anda dalam pasaran emas.
Have a nice day!
No comments:
Post a Comment