Sunday, December 30, 2012

Potensi kenaikan harga emas pada tahun 2013

Salam sejahtera buat semua,

Sebelum ini ada yang menjangka harga emas dunia akan turun ke paras $1,550. Sebenarnya sebelum sampai ke paras tersebut ia mesti melepasi 'psycho level' $1,600 iaitu paras harga dalam gandaan $100 yang sentiasa mempengaruhi pemikiran pelabur-pelabur emas di seluruh dunia.

Pada saat ini harga emas dunia berlegar pada paras $1,660. Kalau turun ia akan menuju $1,600 dan kalau naik ia akan menuju $1,700. Itulah yg akan berlaku.

Hari ini adalah hari terakhir tahun 2012, apa pula potensi kenaikan harga emas pada tahun 2013?

Melihat kepada pergerakan harga emas tahun 2012, kesimpulan yang boleh dibuat ialah paras harga tinggi berlegar sekitar $1,700 dan $1,800.

Pada tahun 2013 pula potensi paras harga tinggi adalah sekitar $1,800 dan $1,900 (paras yg pernah dicapai pada tahun 2011). Dan tidak mustahil sekiranya harga emas melepasi $1,900 ia akan menuju $2,000!


Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Sekiranya anda membeli produk emas yang punya spread kecil dari Public Gold seperti 10 Dinar dan Gold Bar 250gram, kenaikan sebanyak $100 sudah cukup untuk anda mengaut keuntungan. Contohnya jika anda membeli sekarang pada ketika harga emas dunia $1,660 anda hanya perlu tunggu ia naik ke paras $1,760 untuk anda membuat untung. Keuntungan akan lebih tinggi pada paras $1,800 dan $1,900 seperti yang saya sebutkan sebelum ini.

Kepada yang berhasrat untuk mendapatkan keuntungan dari jualbeli emas jangan berlengah lagi kerana pada waktu ini harga emas berada di paras rendah. Jadi, mulakan belian emas anda dari sekarang.

Sekiranya anda perlu nasihat dan bantuan untuk membeli emas, sila hubungi saya di talian 019-457 4607, email fahmi.azzahari@facebook.com atau facebook Fahmi Azzahari.

Selamat menyambut tahun 2013, tahun yang penuh dengan kejayaan!

No comments:

Post a Comment