Sunday, December 30, 2012

Potensi kenaikan harga emas pada tahun 2013

Salam sejahtera buat semua,

Sebelum ini ada yang menjangka harga emas dunia akan turun ke paras $1,550. Sebenarnya sebelum sampai ke paras tersebut ia mesti melepasi 'psycho level' $1,600 iaitu paras harga dalam gandaan $100 yang sentiasa mempengaruhi pemikiran pelabur-pelabur emas di seluruh dunia.

Pada saat ini harga emas dunia berlegar pada paras $1,660. Kalau turun ia akan menuju $1,600 dan kalau naik ia akan menuju $1,700. Itulah yg akan berlaku.

Hari ini adalah hari terakhir tahun 2012, apa pula potensi kenaikan harga emas pada tahun 2013?

Melihat kepada pergerakan harga emas tahun 2012, kesimpulan yang boleh dibuat ialah paras harga tinggi berlegar sekitar $1,700 dan $1,800.

Pada tahun 2013 pula potensi paras harga tinggi adalah sekitar $1,800 dan $1,900 (paras yg pernah dicapai pada tahun 2011). Dan tidak mustahil sekiranya harga emas melepasi $1,900 ia akan menuju $2,000!


Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Sekiranya anda membeli produk emas yang punya spread kecil dari Public Gold seperti 10 Dinar dan Gold Bar 250gram, kenaikan sebanyak $100 sudah cukup untuk anda mengaut keuntungan. Contohnya jika anda membeli sekarang pada ketika harga emas dunia $1,660 anda hanya perlu tunggu ia naik ke paras $1,760 untuk anda membuat untung. Keuntungan akan lebih tinggi pada paras $1,800 dan $1,900 seperti yang saya sebutkan sebelum ini.

Kepada yang berhasrat untuk mendapatkan keuntungan dari jualbeli emas jangan berlengah lagi kerana pada waktu ini harga emas berada di paras rendah. Jadi, mulakan belian emas anda dari sekarang.

Sekiranya anda perlu nasihat dan bantuan untuk membeli emas, sila hubungi saya di talian 019-457 4607, email fahmi.azzahari@facebook.com atau facebook Fahmi Azzahari.

Selamat menyambut tahun 2013, tahun yang penuh dengan kejayaan!

Wednesday, December 26, 2012

3 facts you need to know about Public Gold


  • Public Gold lifted from BNM alert list
  • Public Gold solely buy and sell physical gold and silver bars
  • Public Gold is not related to Public Bank Bhd

Tuesday, December 25, 2012

Situasi harga emas 2012 dan potensi kenaikan 2013

Salam sejahtera buat semua,

Tahun 2012 hampir melabuhkan tirainya. Bukan lagi rahsia, harga emas dunia tidak melepasi $1,800 seperti yang diharapkan. Apapun sebagai pelabur atau 'trader' emas kita perlu berfikiran positif. Tahun 2012 sebenarnya merupakan tahun yang agak bagus buat pembeli emas kerana ramai yang berpeluang membeli emas pada harga rendah.



Kepada yang belum bermula anda disarankan mengambil peluang ini kerana ada potensi kenaikan harga emas dunia pada tahun 2013. Apabila harga emas mencecah harga terendah ia berpotensi menuju harga tertinggi!

Trend harga emas masih dalam keadaan menaik jika di lihat dalam jangka masa panjang. Tidak mustahil untuk ia melepasi $1,800 dan seterusnya melonjak ke $1,900 seperti yang telah dicapai pada tahun 2011. Malah ada penganalisa emas menjangka kenaikan sehingga $2,000!


Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Di sini sekali lagi saya ingin mencadangkan produk Public Gold kerana syarikat ini menyediakan platform jualbeli emas yang selamat. Ada beberapa syarikat lain yang tidak mematuhi etika perniagaan emas apabila terlibat dengan pengambilan deposit secara tidak sah dan menjanjikan pulangan keuntungan untuk mengaburi mata pembeli emas.

Keuntungan dari jualbeli emas hanya boleh dinikmati melalui kenaikan harga emas dan komisen menjual emas. Beli pada harga rendah dan simpan, bila harga naik jual untuk meraih untung. Komisen juga boleh diperolehi apabila anda menjadi Dealer/Pengedar emas. Di sinilah kelebihan Public Gold di mana ia menawarkannya kepada pelanggan.

Akhir kata saya mendoakan kejayaan anda dalam pasaran emas.

Have a nice day!

Monday, December 17, 2012

Nasihat PERCUMA sebelum buat apa2 pelaburan

Seringkali kita terbaca kes-kes penipuan pelaburan di dada akhbar dan peti televisyen. Di bawah ini adalah salah satu daripada kes tersebut. Bermacam medium digunakan untuk melindungi pengambilan deposit secara HARAM dari segi undang-undang dan hukum syara'. Antara medium-medium tersebut ialah:-

a. Tanaman - pokok stevia, kayu jati
b. Binatang - lintah, ikan hiasan, ikan keli, burung walet, lembu susu, cicak tokek
c. Logam - emas, perak

Selalunya apabila anda terlibat dengan pelaburan-pelaburan sebegini anda kena 'sign' kontrak. Apa yang anda dapat apabila membuat BAYARAN/DEPOSIT hanyalah kepingan KERTAS. Inilah sebabnya transaksi seperti ini perlukan kelulusan Bank Negara Malaysia.

Untuk makluman semua, hanya institusi kewangan (bank, syarikat insuran/takaful) sahaja yang selalunya diberi kebenaran oleh Bank Negara Malaysia untuk mengambil duit daripada orang ramai. Selain daripada itu anda adalah dinasihatkan BERHATI-HATI! Kalau boleh kita tidak mahu lagi perkara seperti ini berlaku. 

Justeru itu anda boleh bertanya saya sebelum membuat apa-apa pelaburan. Terima kasih.

Wednesday, December 12, 2012

Cara untung cepat bila 'trading' emas Public Gold

Salam buat semua,

Apabila motif anda adalah untuk mendapat keuntungan apabila 'trade' emas, pastikan anda membeli gold bar dan dinar. Elakkan dari membeli emas perhiasan kerana spread (perbezaan harga jual dan harga beli) adalah tinggi. Sila lihat gambar di bawah. Semakin besar gold bar dan dinar maka semakin kecil spread. Pada pendapat saya 100g Bar, 250g bar dan 10 Dinar adalah yang terbaik bagaimanapun ia tetap bergantung kepada kemampuan pembeli.