Monday, April 29, 2013

Pendapat saya tentang turutan pelaburan yang baik

Dari kuliah-kuliah agama dan sedikit ilmu berkaitan pelaburan yang saya pelajari, pelaburan yang baik adalah seperti berikut:-

SEDEKAH
Kenapa sedekah merupakan pelaburan terbaik. Sebagai orang Islam bekalan akhirat adalah yang paling penting untuk bertemu Allah. Segala amalan akan dihitung dan 3 amalan kebajikan yang tidak terputus setelah mati ialah doa anak-anak soleh, sedekah/amal jariah dan ilmu bermanfaat yang tidak henti diamalkan. Pelaburan ini jika disertakan dengan hati yang ikhlas, pasti Allah Yang Maha Pemurah akan memberi balasan berlipat kali ganda.

PERLINDUNGAN DIRI DAN KELUARGA
Ini juga merupakan pelaburan yang baik kerana pelaburan ini dijamin dan diluluskan oleh pihak yang berwajib seperti Bank Negara Malaysia dan lain-lain. Anda tidak tahu apa yang akan berlaku selepas anda membaca artikel ini. Perkara yang malang mungkin menimpa diri kita pada bila-bila masa. Justeru itu setiap dari kita mesti memiliki perlindungan untuk meringankan beban sekiranya perkara tersebut berlaku. Sebab inilah terdapatnya Takaful Keluarga, Kad Perubatan dan paling kurang perlu ada Takaful Kemalangan.



PELABURAN MODAL/DUIT
Yang terakhir ialah pelaburan modal dalam saham, unit amanah, perniagaan, emas, perak dan lain-lain. Perlu diingat pelaburan ini mempunyai risiko kerugian.

Jadi fikir-fikirlah.... selamat maju jaya :)

Tuesday, January 8, 2013

Mudahnya mendaftar jadi pelanggan Public Gold

Langkah 1
Sila klik link ini >>> Daftar Jadi Pelanggan Public Gold Secara Online

Langkah 2
Klik perkataan Login dalam bulatan biru


Langkah 3
Klik perkataan Register dalam kotak biru


Langkah 4
Isi borang di bawah dengan LENGKAP dan akhir sekali klik Register dalam kotak biru


SELESAI bab pertama iaitu Daftar Jadi Pelanggan Public Gold Secara Online, mudah sekali!

p/s: Nanti kita belajar Lock Harga Emas Secara Online

Sunday, December 30, 2012

Potensi kenaikan harga emas pada tahun 2013

Salam sejahtera buat semua,

Sebelum ini ada yang menjangka harga emas dunia akan turun ke paras $1,550. Sebenarnya sebelum sampai ke paras tersebut ia mesti melepasi 'psycho level' $1,600 iaitu paras harga dalam gandaan $100 yang sentiasa mempengaruhi pemikiran pelabur-pelabur emas di seluruh dunia.

Pada saat ini harga emas dunia berlegar pada paras $1,660. Kalau turun ia akan menuju $1,600 dan kalau naik ia akan menuju $1,700. Itulah yg akan berlaku.

Hari ini adalah hari terakhir tahun 2012, apa pula potensi kenaikan harga emas pada tahun 2013?

Melihat kepada pergerakan harga emas tahun 2012, kesimpulan yang boleh dibuat ialah paras harga tinggi berlegar sekitar $1,700 dan $1,800.

Pada tahun 2013 pula potensi paras harga tinggi adalah sekitar $1,800 dan $1,900 (paras yg pernah dicapai pada tahun 2011). Dan tidak mustahil sekiranya harga emas melepasi $1,900 ia akan menuju $2,000!


Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Sekiranya anda membeli produk emas yang punya spread kecil dari Public Gold seperti 10 Dinar dan Gold Bar 250gram, kenaikan sebanyak $100 sudah cukup untuk anda mengaut keuntungan. Contohnya jika anda membeli sekarang pada ketika harga emas dunia $1,660 anda hanya perlu tunggu ia naik ke paras $1,760 untuk anda membuat untung. Keuntungan akan lebih tinggi pada paras $1,800 dan $1,900 seperti yang saya sebutkan sebelum ini.

Kepada yang berhasrat untuk mendapatkan keuntungan dari jualbeli emas jangan berlengah lagi kerana pada waktu ini harga emas berada di paras rendah. Jadi, mulakan belian emas anda dari sekarang.

Sekiranya anda perlu nasihat dan bantuan untuk membeli emas, sila hubungi saya di talian 019-457 4607, email fahmi.azzahari@facebook.com atau facebook Fahmi Azzahari.

Selamat menyambut tahun 2013, tahun yang penuh dengan kejayaan!

Wednesday, December 26, 2012

3 facts you need to know about Public Gold


  • Public Gold lifted from BNM alert list
  • Public Gold solely buy and sell physical gold and silver bars
  • Public Gold is not related to Public Bank Bhd

Tuesday, December 25, 2012

Situasi harga emas 2012 dan potensi kenaikan 2013

Salam sejahtera buat semua,

Tahun 2012 hampir melabuhkan tirainya. Bukan lagi rahsia, harga emas dunia tidak melepasi $1,800 seperti yang diharapkan. Apapun sebagai pelabur atau 'trader' emas kita perlu berfikiran positif. Tahun 2012 sebenarnya merupakan tahun yang agak bagus buat pembeli emas kerana ramai yang berpeluang membeli emas pada harga rendah.



Kepada yang belum bermula anda disarankan mengambil peluang ini kerana ada potensi kenaikan harga emas dunia pada tahun 2013. Apabila harga emas mencecah harga terendah ia berpotensi menuju harga tertinggi!

Trend harga emas masih dalam keadaan menaik jika di lihat dalam jangka masa panjang. Tidak mustahil untuk ia melepasi $1,800 dan seterusnya melonjak ke $1,900 seperti yang telah dicapai pada tahun 2011. Malah ada penganalisa emas menjangka kenaikan sehingga $2,000!


Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Di sini sekali lagi saya ingin mencadangkan produk Public Gold kerana syarikat ini menyediakan platform jualbeli emas yang selamat. Ada beberapa syarikat lain yang tidak mematuhi etika perniagaan emas apabila terlibat dengan pengambilan deposit secara tidak sah dan menjanjikan pulangan keuntungan untuk mengaburi mata pembeli emas.

Keuntungan dari jualbeli emas hanya boleh dinikmati melalui kenaikan harga emas dan komisen menjual emas. Beli pada harga rendah dan simpan, bila harga naik jual untuk meraih untung. Komisen juga boleh diperolehi apabila anda menjadi Dealer/Pengedar emas. Di sinilah kelebihan Public Gold di mana ia menawarkannya kepada pelanggan.

Akhir kata saya mendoakan kejayaan anda dalam pasaran emas.

Have a nice day!

Monday, December 17, 2012

Nasihat PERCUMA sebelum buat apa2 pelaburan

Seringkali kita terbaca kes-kes penipuan pelaburan di dada akhbar dan peti televisyen. Di bawah ini adalah salah satu daripada kes tersebut. Bermacam medium digunakan untuk melindungi pengambilan deposit secara HARAM dari segi undang-undang dan hukum syara'. Antara medium-medium tersebut ialah:-

a. Tanaman - pokok stevia, kayu jati
b. Binatang - lintah, ikan hiasan, ikan keli, burung walet, lembu susu, cicak tokek
c. Logam - emas, perak

Selalunya apabila anda terlibat dengan pelaburan-pelaburan sebegini anda kena 'sign' kontrak. Apa yang anda dapat apabila membuat BAYARAN/DEPOSIT hanyalah kepingan KERTAS. Inilah sebabnya transaksi seperti ini perlukan kelulusan Bank Negara Malaysia.

Untuk makluman semua, hanya institusi kewangan (bank, syarikat insuran/takaful) sahaja yang selalunya diberi kebenaran oleh Bank Negara Malaysia untuk mengambil duit daripada orang ramai. Selain daripada itu anda adalah dinasihatkan BERHATI-HATI! Kalau boleh kita tidak mahu lagi perkara seperti ini berlaku. 

Justeru itu anda boleh bertanya saya sebelum membuat apa-apa pelaburan. Terima kasih.

Wednesday, December 12, 2012

Cara untung cepat bila 'trading' emas Public Gold

Salam buat semua,

Apabila motif anda adalah untuk mendapat keuntungan apabila 'trade' emas, pastikan anda membeli gold bar dan dinar. Elakkan dari membeli emas perhiasan kerana spread (perbezaan harga jual dan harga beli) adalah tinggi. Sila lihat gambar di bawah. Semakin besar gold bar dan dinar maka semakin kecil spread. Pada pendapat saya 100g Bar, 250g bar dan 10 Dinar adalah yang terbaik bagaimanapun ia tetap bergantung kepada kemampuan pembeli.

Monday, November 26, 2012

Pelabur/Trader emas kena berusaha jadi pakar

Nak melabur atau trading (jualbeli) emas kena ada ilmu walaupun sedikit, sangat bagus kalau dapat install metatrader. Apa itu metatrader? Metatrader adalah perisian untuk melihat graf harga emas dunia. Anda juga boleh jadi pakar, itu lebih baik. Kalau di utara boleh hubungi saya utk berkongsi ilmu tentang emas. Bawa laptop dan saya akan tolong install FxPro metatrader secara PERCUMA!

Sunday, November 25, 2012

Artikel menarik, potensi harga emas naik $2,000/oz

Artikel ini dipetik dari laman web Kitco

The Most Important Chart for an Investor in Gold, and it Remains Bullish
Friday November 23, 2012 2:10 PM

If you are a gold market bull, and especially if you are a longer-term "buy and hold" investor, then the monthly continuation bar chart on nearby Comex gold futures is just what you want to be seeing. Gold prices have been in an accelerating uptrend for 11 years, since the 2001 low of $255 an ounce, basis nearby Comex futures. If you are a trader or investor, "the trend is your friend." The longer-term price trend in gold remains up, and there are no significant technical clues to suggest the uptrend will end any time soon. Thus, the path of least resistance for gold prices in the coming months will likely remain sideways to higher. I would not be surprised to see nearby gold futures prices push above $2,000.00 an ounce in 2013.



By Jim Wyckoff, contributing to Kitco News; jwyckoff@kitco.com

Friday, November 9, 2012

Harga emas berpotensi naik menjelang Deepavali

Dalam artikel GOLD update: Harga emas kembali naik minggu ini saya ada 'mention' harga emas dunia dijangka akan naik apabila masyarakat India di seluruh dunia menyambut Hari Deepavali.


Masyarakat India di Malaysia sambut Deepavali pada 13 November 2012

Apa rasional jangkaan kenaikan tersebut. Sekarang kita lihat pula gambar di bawah yg saya cilok dari blog cikgu saya (En. Shufaad aka MelakaFx). India adalah pengguna terbesar emas dunia! Sudah tentu menjelang Deepavali (minggu depan!) orang India di seluruh dunia akan membeli emas sebagai perhiasan untuk menyambut hari kebesaran mereka. Apabila permintaan tinggi maka harga emas mungkin melonjak naik. Jangan kata minggu depan, sekarang ni pun harga tengah naik... jom lock harga untuk beli emas sekarang, call/sms 019-457 4607

Thursday, November 8, 2012

Public Gold: The company

Klik gambar untuk paparan lebih besar

GOLD update: Harga emas kembali naik minggu ini

Salam sejahtera buat semua peminat-peminat emas. Untuk makluman sahabat sekalian harga emas kembali naik minggu ini setelah berlaku penurunan selama 4 minggu.



Antara dua sebab utama kenaikan ini berlaku ialah kerana :-
  1. Pilihanraya presiden di Amerika Syarikat dan
  2. Kemenangan Barack Hussein Obama yang mengekalkan jawatan Presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua.



Di jangka selepas ini kenaikan harga emas dunia akan terus berlaku kerana :-
  1. Masyarakat India di seluruh dunia akan menyambut Deepavali
  2. Sambutan Hari Krismas pada bulan Disember

Monday, June 11, 2012

myMetro 11/6/12: Emas fizikal lebih baik


PELABURAN emas semakin mendapat perhatian orang ramai dan lebih banyak individu mula memilih emas sebagai medium pelaburan jangka panjang. Namun, beberapa syarikat mengambil kesempatan memperkenalkan skim pelaburan emas yang kelihatan menguntungkan tetapi sebenarnya hanya menipu pelabur.

Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Syarifah Dayana Syed Bakri dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Hijjaz Gold Sdn Bhd, Md Zamri Mohamad Nazir mengenai pelaburan emas dan tip memaksimumkan pelaburan. 

ADAKAH pelaburan emas boleh memberi banyak keuntungan kepada pelabur? 

Terdapat dua cara untuk membeli emas iaitu melalui ejen yang mendapatkan bekalan emas dari kilang atau membeli emas terpakai. Kedua-dua cara ini boleh memberi keuntungan kepada pelabur, namun memerlukan masa dan tidak boleh memberi keuntungan serta-merta. 

Cara yang terbaik untuk mengoptimumkan keuntungan ialah dengan mendapatkan emas pada harga paling rendah iaitu melalui pembelian emas terpakai.

Ini kerana emas tetap dikira sebagai emas walaupun patah atau rosak kerana jika dileburkan ia masih dikira emas dan boleh dijual mengikut harga pasaran.

Adakah pelaburan emas fizikal lebih menguntungkan berbanding pelaburan emas mengikut harga pasaran seperti ditawarkan beberapa institusi kewangan?

Pelaburan emas fizikal adalah yang terbaik kerana pemilik emas boleh menilai dan memiliki emas dibeli.

Pelaburan emas berdasarkan harga emas tanpa mendapat produk emas dikategorikan sebagai haram kerana hanya membabitkan permainan harga tanpa memiliki emas sebenar.

Ia turut berisiko menyebabkan pelabur tertipu kerana tidak dapat menilai emas mengikut harga pasaran berikutan hanya bergantung kepada harga ditetapkan institusi kewangan.

Apakah cara terbaik untuk mengelak terperangkap dengan skim emas berunsur penipuan?

Apa-apa bentuk perniagaan atau pelaburan yang ingin dilakukan perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dan maklumat kerana dapat mengelak pelabur tertipu.

Bagi melabur dalam emas, pelabur perlu mempunyai pengetahuan indeks harga emas, trend turun dan naik harga emas, cara mengenal pasti emas tulen dan tiruan serta yang paling utama teknik mendapatkan emas paling murah.

Jika memiliki ilmu berkaitan emas, pelabur emas boleh mendapat keuntungan serta-merta jika tahu cara yang betul.

Bagaimana jika seseorang individu ingin membuat simpanan emas untuk jangka panjang?

Menabung emas adalah lebih baik daripada wang kerana harga emas boleh meningkat walaupun mengambil masa lama.

Bagaimanapun, jika seseorang ingin menjadikan emas sebagai medium simpanan, ia adalah langkah terbaik kerana sekurang-kurangnya nilai simpanannya meningkat berbanding simpanan wang yang boleh dikeluarkan bila-bila masa.

Bagaimanapun, untuk memastikan simpanan emas dilakukan memberi pulangan tinggi, pelabur perlu mendapatkan emas pada harga paling rendah sama ada melalui harga kilang atau membeli emas terpakai.

Apakah langkah yang perlu diambil jika seseorang individu itu berminat membuat pelaburan emas?

Sebelum membuat pelaburan dengan jumlah wang yang banyak adalah lebih baik sekiranya pelabur mendapatkan ilmu berkaitan emas.

Ini bagi membolehkan pelaburan yang dibuat tidak merugikan kerana jika mengikut cara salah, pelaburan itu menjadi sia-sia dan pelabur mungkin menanggung kerugian walaupun ia berkaitan pelaburan emas.

Pastikan jenis pelaburan ingin dibuat, sama ada untuk simpanan sendiri bagi jangka panjang atau melabur untuk mendapat keuntungan kerana ia membabitkan konsep dan sistem berbeza.

Selain itu, mereka yang berminat boleh mula memantau sendiri harga emas dunia di www.goldprice.org atau www.kitco.com untuk menilai sendiri turun naik harga emas dalam tempoh tertentu.

Tuesday, May 29, 2012

Cara mudah membuat belian emas

Cara Membuat Belian & Pendaftaran Sebagai Dealer (Jumlah Belian Melebihi RM 20,000) 

1- Untuk melihat harga semasa bagi setiap Produk boleh lihat di paparan sebelah kanan blog ini atau di SINI.

2- Setelah membuat pilihan Produk yang mahu dibeli dan bersedia untuk membuat pesanan belian pada harga semasa, sila hantarkan pesanan anda yang mengandungi butir-butir seperti berikut ke 019-457 4607


~ Nama

~ No IC 
~ No HP
~ Alamat Email
~ No Akaun Maybank / Public Bank Untuk Bayaran Komisyen 
~ Jenis Produk & Kuantiti 
~ Cawangan / Tempat Pengambilan Stok


Contoh : Saya Mazlan b Said, 831213-09-8765, 016-6669991, mazlan@yahoo.com, ingin daftar sebagai Dealer dan membeli gold bar 10g x 1pc dan 1 Dinar x 1pc, 100g x 1pc ambil di PG cawangan Alor Setar

3- Saya akan membuat pesanan untuk anda mengikut harga semasa sebaik sahaja SMS anda diterima.

4- Selepas pesanan dibuat, pihak Public Gold akan menghubungi anda untuk pengesahan dan Sales Order (Dokumen Pesanan) akan dihantar kepada anda melalui Email.

5- Selepas anda memuat turun dan mencetak Sales Order tersebut, terus buat pembayaran mengikut amaun yang tertera ke akaun Syarikat Public Gold (No Akaun Ada Di Dalam Sales Order).

6- Selepas bayaran dibuat, catatkan No Rujukan Sales Order (No Di Bahagian Atas Kanan Sales Order) di Slip Bayaran tersebut dan segera Email kan Slip Bayaran itu ke payment@publicgold.com.my atau boleh juga fax kan ke no 04-6464 916.

7- Sebelum anda pergi ke Branch untuk mengambil stok, sila hubungi Branch itu terlebih dahulu dan berikan kepada mereka no Sales Order anda bagi memastikan Produk yang ingin diambil ada pada ketika itu.

8- Bawa bersama Slip Bayaran asal dan Sales Order ketika mengambil stok, berikan kepada staff yang bertugas dan ambil stok anda.

* Untuk belian sebagai pelanggan, iaitu kurang dari RM 20,000 anda boleh berhubung dengan saya terus di talian 019-457 4607.

Monday, May 21, 2012

Jangkaan harga emas dan perak

Update dari blog Pelabur Jutawan

Jangkaan Kenaikan dan Keuntungan Emas



Jangkaan Kenaikan dan Keuntungan Perak


Rasanya tak perlu saya buat sebarang ulasan lagi kerana pada graf di atas telah jelas mengenai potensi keuntungan yang bakal diraih sekiranya anda membuat pelaburan Emas dan Perak.



Pada graf ini juga saya telah menandakan paras harga mana yang anda boleh mula membeli, paras harga untuk anda jual dan anda sendiri boleh mengira keuntungannya. Sekarang ini, tinggal lagi anda yang perlu membuat keputusan samaada ingin terus bermula sekarang atau masih ingin bertangguh lagi.



Untuk kali ni, saya beli Silver lebih banyak berbanding Gold, nak tau sebabnya ? Lihat dibawah ni :


Gold Silver Ratio atau Nisbah Perbandingan Harga Antara Emas dan Perak yang Agak Besar

Jika anda ingin terus mendapatkan bimbingan intensif pelaburan Emas dan Perak dari masa ke semasa, anda boleh membuat belian Emas atau mendaftar sebagai Dealer bersama rangkaian saya

Emas dan perak sebenarnya adalah matawang

Dua malam lepas saya berpeluang mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi Tahir, penceramah jemputan Kedah FM. Kalau di Kedah, beliau selalu menjadi rujukan untuk persoalan muamalat, faraid dan sistem kewangan Islam. Malam itu sepatutnya kuliah berkenaan faraid tetapi beliau tukar tajuk sebab ramai yang tak bawa kitab :)

Beliau membincangkan tajuk 7 dosa besar antaranya syirik, sihir, makan harta anak yatim, makan riba dan lain-lain. Bab makan riba yang paling ditekankan. Antara point penting ialah berkenaan emas dan perak. Dia menyebut dgn jelas bahawa emas dan perak adalah sebenarnya matawang sama seperti RM, USD, AUD dan lain-lain. Cumanya matawang emas (dinar) dan perak (dirham) tidak lagi digunakan sekarang. Oleh sebab itu hukumnya harus membeli, menjual dan mengambil keuntungan dari kenaikan harga emas dan perak!

Cuba perhatikan gambar di bawah, pasti anda juga bersetuju dengan kenyataan tersebut. Apa yang menarik lagi, walaupun emas dan perak sudah tidak digunakan sekarang kedua-dua logam ini masih dan amat stabil untuk tujuan jualbeli dan pelaburan.