Tuesday, May 29, 2012

Cara mudah membuat belian emas

Cara Membuat Belian & Pendaftaran Sebagai Dealer (Jumlah Belian Melebihi RM 20,000) 

1- Untuk melihat harga semasa bagi setiap Produk boleh lihat di paparan sebelah kanan blog ini atau di SINI.

2- Setelah membuat pilihan Produk yang mahu dibeli dan bersedia untuk membuat pesanan belian pada harga semasa, sila hantarkan pesanan anda yang mengandungi butir-butir seperti berikut ke 019-457 4607. 


~ Nama

~ No IC 
~ No HP
~ Alamat Email
~ No Akaun Maybank / Public Bank Untuk Bayaran Komisyen 
~ Jenis Produk & Kuantiti 
~ Cawangan / Tempat Pengambilan Stok


Contoh : Saya Mazlan b Said, 831213-09-8765, 016-6669991, mazlan@yahoo.com, ingin daftar sebagai Dealer dan membeli gold bar 10g x 1pc dan 1 Dinar x 1pc, 100g x 1pc ambil di PG cawangan Alor Setar

3- Saya akan membuat pesanan untuk anda mengikut harga semasa sebaik sahaja SMS anda diterima.

4- Selepas pesanan dibuat, pihak Public Gold akan menghubungi anda untuk pengesahan dan Sales Order (Dokumen Pesanan) akan dihantar kepada anda melalui Email.

5- Selepas anda memuat turun dan mencetak Sales Order tersebut, terus buat pembayaran mengikut amaun yang tertera ke akaun Syarikat Public Gold (No Akaun Ada Di Dalam Sales Order).

6- Selepas bayaran dibuat, catatkan No Rujukan Sales Order (No Di Bahagian Atas Kanan Sales Order) di Slip Bayaran tersebut dan segera Email kan Slip Bayaran itu ke payment@publicgold.com.my atau boleh juga fax kan ke no 04-6464 916.

7- Sebelum anda pergi ke Branch untuk mengambil stok, sila hubungi Branch itu terlebih dahulu dan berikan kepada mereka no Sales Order anda bagi memastikan Produk yang ingin diambil ada pada ketika itu.

8- Bawa bersama Slip Bayaran asal dan Sales Order ketika mengambil stok, berikan kepada staff yang bertugas dan ambil stok anda.

* Untuk belian sebagai pelanggan, iaitu kurang dari RM 20,000 anda boleh berhubung dengan saya terus di talian 019-457 4607.

Monday, May 21, 2012

Jangkaan harga emas dan perak

Update dari blog Pelabur Jutawan

Jangkaan Kenaikan dan Keuntungan Emas



Jangkaan Kenaikan dan Keuntungan Perak


Rasanya tak perlu saya buat sebarang ulasan lagi kerana pada graf di atas telah jelas mengenai potensi keuntungan yang bakal diraih sekiranya anda membuat pelaburan Emas dan Perak.



Pada graf ini juga saya telah menandakan paras harga mana yang anda boleh mula membeli, paras harga untuk anda jual dan anda sendiri boleh mengira keuntungannya. Sekarang ini, tinggal lagi anda yang perlu membuat keputusan samaada ingin terus bermula sekarang atau masih ingin bertangguh lagi.



Untuk kali ni, saya beli Silver lebih banyak berbanding Gold, nak tau sebabnya ? Lihat dibawah ni :


Gold Silver Ratio atau Nisbah Perbandingan Harga Antara Emas dan Perak yang Agak Besar

Jika anda ingin terus mendapatkan bimbingan intensif pelaburan Emas dan Perak dari masa ke semasa, anda boleh membuat belian Emas atau mendaftar sebagai Dealer bersama rangkaian saya

Emas dan perak sebenarnya adalah matawang

Dua malam lepas saya berpeluang mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi Tahir, penceramah jemputan Kedah FM. Kalau di Kedah, beliau selalu menjadi rujukan untuk persoalan muamalat, faraid dan sistem kewangan Islam. Malam itu sepatutnya kuliah berkenaan faraid tetapi beliau tukar tajuk sebab ramai yang tak bawa kitab :)

Beliau membincangkan tajuk 7 dosa besar antaranya syirik, sihir, makan harta anak yatim, makan riba dan lain-lain. Bab makan riba yang paling ditekankan. Antara point penting ialah berkenaan emas dan perak. Dia menyebut dgn jelas bahawa emas dan perak adalah sebenarnya matawang sama seperti RM, USD, AUD dan lain-lain. Cumanya matawang emas (dinar) dan perak (dirham) tidak lagi digunakan sekarang. Oleh sebab itu hukumnya harus membeli, menjual dan mengambil keuntungan dari kenaikan harga emas dan perak!

Cuba perhatikan gambar di bawah, pasti anda juga bersetuju dengan kenyataan tersebut. Apa yang menarik lagi, walaupun emas dan perak sudah tidak digunakan sekarang kedua-dua logam ini masih dan amat stabil untuk tujuan jualbeli dan pelaburan.

Friday, May 18, 2012

Kejatuhan harga emas yg mendebarkan minggu ini

Nak susah hati atau seronok? Bacalah ulasan di penghujug entry ini...
 
Kejatuhan terendah pada hari Rabu, turun hingga 1526 dollar/auns


Kemudian meningkat semula pada hari Jumaat, arrow merah kiri 1526, arrow merah kanan 1589

Rahsia emas! Pandanglah ke depan apabila membelinya. Graf di bawah menunjukkan harga emas dari tahun 2007 hingga sekarang. Kenaikan tertinggi $1920 adalah pada tahun lepas. Sebenarnya, penurunan seperti sekaranglah yg sebenarnya ditunggu2 oleh trader emas kerana ada kemungkinan kenaikan setinggi itu akan berlaku beberapa bulan lagi. Dapat naik sampai $1850 pun dah untung. Yg penting carilah ilmu dulu lepas tu baru beli emas :)

Thursday, May 17, 2012

Potensi kenaikan harga silver

Nisbah di antara jarak harga emas dan perak semakin akan semakin mengecil. Masa untuk mula membeli perak.



Monday, May 14, 2012

Boleh ke buat pembiayaan peribadi utk beli emas?

Pada pendapat saya hanya ada DUA sebab sahaja anda boleh buat pembiayaan peribadi (terma syariah utk personal loan).

1. Untuk membeli emas
Apabila anda gunakan sepenuhnya duit tersebut untuk membeli emas dan menjalankan teknik trading/jualbeli yg betul anda boleh menjana pulangan sehingga 30% atau lebih setahun. Sebagai contoh sekiranya anda membuat pembiayaan peribadi BSN, dgn rate sekarang anda hanya perlu membayar 11% sahaja dari jumlah pinjaman untuk setahun. Jadi baki yg anda dapat ialah sebanyak 19%! Apa yg lebih menarik harga emas sentiasa meningkat dari setahun ke setahun. Jadi susahlah untuk anda rugi.

2. Untuk menyelesaikan 'bad debt' seperti hutang kad kredit
Antara kelemahan orang kita ialah apabila memiliki kad kredit dia menganggap had kredit atau 'credit limit' itu ialah wangnya sendiri dan dia boleh berbelanja sesuka hati, hujung bulan hanya perlu bayar minimum. Kalau anda nak tahu inilah antara sebab utama ramai yg muflis akibat hutang kad kredit. Anda akan dikenakan caj harian hinggalah kesemua bayaran tertunggak itu selesai. Kalau ini yg anda amalkan saya berani jamin anda bukan sahaja akan hutang keliling pinggang malah anda boleh tenggelam terus dalam hutang tersebut (muflis)! Di sinilah gunanya pembiayaan peribadi, ia akan membantu membebaskan diri anda dari along hutang kad kredit.

Cuma yg agak menyedihkan, buat masa ini hanya yg bekerja kerajaan sahaja dapat menikmati kelebihan pembiayaan peribadi ini. Kalau anda nak tahu saya pernah jumpa seorang pekerja swasta yg sanggup berhenti dan kerja kerajaan dgn gaji lebih rendah hanya semata-mata mahu membuat personal loan utk beli emas dan berniaga emas! Sekarang dia telah jadi jutawan emas :)

Yang best bila buat pembiayaan peribadi dgn BSN hari tu saya dapat free free gift kad kredit platinum dan dapat masuk peraduan yg hadiah utamanya ialah 1 kilo emas. Sorry, sebab tarikh peraduan dah tutup :(


Peraduan 1 kilo emas, tolonglah doa supaya saya menang peraduan ni ye...


Kad Kredit Platinum

Saya belum jumpa lagi lain-lain dari DUA sebab di atas untuk membuat pembiayaan peribadi. Jika anda tahu sila beritahu saya ok!

Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh email saya:
fahmi.azzahari@facebook.com
atau lawati facebook saya di

Tips menarik kpd yg berminat membeli emas Part 3

Saya punya perspektif berbeza berkenaan pelaburan emas. Apabila kita membeli emas pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi maka pada saya itu adalah proses jualbeli emas sama seperti trading saham di BSKL. Jika begitu sudah pasti keuntungannya lebih tinggi & dapat diperolehi dalam masa yg lebih singkat.

Keuntungan jualbeli/trading emas itu pula boleh dimaksimakan dengan menjadi dealer di mana komisen akan dibayar pada waktu kita membeli & menjual emas. Untuk tujuan ini saya telah memilih Public Gold sebagai platform untuk trading emas fizikal kerana:

1. ia menyediakan pilihan produk seperti gold bar, dinar, silver bar, dirham.
2. ia mempunyai kilang emasnya sendiri, stok tidak akan putus dan harga lebih rendah.
3. ia memiliki cawangan di seluruh Malaysia, mesra pelanggan
4. harga jualan/belian yang sentiasa up-to-date setiap 20 minit
5. produk2nya mempunyai spread yang rendah.
6. pelanggan boleh membuat tempahan secara online dan sms
7. dealer2 berpeluang menikmati komisen dari jualan emas

Untuk mendapat keuntungan yg lebih pantas pula anda boleh membeli emas yg mempunyai spread yg paling rendah.

Sama seperti seorang remisier membuat trading di BSKL, dealer emas juga memerlukan senjata utk memantau harga emas. Anda tidak boleh bergantung dgn kata2 orang harga emas jatuh. Anda juga akan pening kalau hanya melihat harga emas sahaja. Kalau anda serius dlm bidang ini maka gunalah metatrader. Anda juga boleh melihat pergerakan harga emas dunia di laman web GOLD PRICE.


Ini adalah screen capture harga emas di laman web tersebut. Wow! Nampaknya harga emas sedang menurun dan berada di paras yg rendah. Apa tunggu lagi, sekaranglah masa yang sesuai untuk membeli emas kerana harga rendah sebegini tidak akan kekal lama.

Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh email saya:
fahmi.azzahari@facebook.com
atau lawati facebook saya di

Tips menarik kpd yg berminat membeli emas Part 1
Tips menarik kpd yg berminat membeli emas Part 2

Saturday, May 5, 2012

Tips menarik kpd yg berminat membeli emas Part 2

Salam sejahtera buat semua,

Semalam saya berjumpa seorang rakan. Sambil minum di kedai saya mengatakan sekarang ialah masa yang sangat sesuai untuk membeli emas. Kalau tunggu selepas bulan 5 kemungkinan besar harga emas sudah naik, jadi pada ketika itu masa untuk menjual bukannya membeli emas. Dia terus bertanya mana saya tahu perkara tersebut.

Saya tahu kerana saya melihat pergerakan harga emas dunia melalui graf pergerakan harga emas. Graf yang akan saya tunjukkan kemudian telah disediakan oleh mentor saya Master Dealer Faizan Dasuki pemilik blog Pelabur Jutawan. Sangat mudah, graf itu menunjukkan pergerakan harga emas dunia yang anda boleh dapati dari laman web Kitco. Apa itu Kitco? Kitco ialah sebuah syarikat berkaitan emas di Montreal, Kanada dan beroperasi di seluruh dunia. Petikan dari laman web Kitco:

Kitco juga menyediakan graf pergerakan harga logam-logam berharga seperti emas, perak dan lain-lain. Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Di bawah ialah graf harga emas yang saya maksudkan tadi. Juga terdapat 'screen capture' harga emas dari laman web Public Gold pada tarikh 29-2-2012 dan 5-5-2012. Inilah keistimewaan Public Gold di mana PERGERAKAN HARGA EMAS Public Gold = Kitco (harga emas dunia). Sangat menarik kerana harga emas Public Gold ialah harga REAL-TIME, bukan ikut harga tauke emas (di kedai-kedai emas). Anda akan pening kalau melihat harga-harga emas tersebut. Tak mau pening anda hanya perlu lihat graf pergerakan harga emas. Mudah bukan?


Sekiranya anda membandingkan harga emas (PG Sell) pada kedua-dua tarikh tersebut anda akan dapati harga emas sekarang berada pada paras harga 'support' atau paras harga rendah. Pada paras inilah anda sepatutnya membeli emas dan paras ini akan tidak akan kekal lama.

Jadinya apa yang anda perlu buat sekarang? Belilah emas di Public Gold dan bagitau semua orang harga emas tengah rendah supaya mereka juga boleh membeli emas sama seperti anda. Apabila harga naik nanti anda jual dan suruh juga kawan-kawan jual balik kepada Public Gold (tak perlu susah-susah mencari pembeli!). Itulah mudahnya cara buat untung dengan jualbeli atau 'trading' emas melalui Public Gold. Buy Low and Sell High!

Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh email saya:
fahmi.azzahari@facebook.com
atau lawati facebook saya di

Tips menarik kpd yg berminat membeli emas Part 1

Tuesday, April 10, 2012

Slideshow dari kelas Analisis Teknikal Harga Emas

Ilmu yang ada perlu dikongsi dengan orang lain. Barulah ilmu itu akan berkembang dan memberi manfaat kepada semua. Pahala pun kita boleh dapat :) Untuk makluman, slideshow ini bukan milik saya. Ia disediakan oleh En Shufaad (pemilik blog Melaka Fx). Selamat membaca.
Analisis Teknikal KT 17 Mac 2012

Ilmu yg ada tak pernah cukup, perlu ditambah :)

Kursus yg hebat ini ini dikendalikan oleh En Shufaad (pemilik blog Melaka Fx) dan En Syukor Hashim (pemilik blog Jutawanemas). Memang best! Nak tau boleh email saya di fahmi.azzahari@facebook.com.

Harap maaf, kesilapan ejaan oleh pihak hotel

Friday, March 30, 2012

3 kategori pelaburan

1. Pelaburan berisiko rendah -> untung rendah
2. Pelaburan berisiko sederhana -> untung sederhana
3. Pelaburan berisiko tinggi -> untung tinggi

 

Wednesday, March 28, 2012

Mindset Berniaga Dari Rumah atau Mobile

~ Dari artikel Irfan Khairi

Memulakan perniagaan bagi mereka yang belum berpengalaman berniaga merupakan satu langkah yang besar. Walaupun perniagaan bermula dari rumah, untuk berjaya, seseorang itu perlu benar-benar serius dan memberi dedikasi sepenuhnya kepada perniagaan yag dijalankan.


Sebelum memulakan perniagaan, bukan sekadar kita perlu melengkapkan peralatan dan strategi untuk berniaga, kita juga turut perlu melengkapkan mindset kita untuk berjaya. Berikut adalah antara Mindset yang perlu ada untuk berniaga dari rumah.

1. Ketahui dan fahami sebab musabab anda ingin memulakan perniagaan. Pastinya menjalankan perniagaan, tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan membantu diri, keluarga dan juga agama. Mungkin bunyinya agak mementingkan diri, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa, memulakan perniagaan perlu bermatlamatkan keuntungan!

Untuk mendapatkan untung dalam perniagaan, bukanlah perkara yang mudah. Untuk berjaya, memerlukan strategi yang terbaik. 90% perniagaan gagal dalam tahun pertama sahaja beroperasi. Selebihnya, akan memasuki tahun kedua. Dalam jumlah itu pula, separuh akan bungkus dan gulung tikar.

Sebabnya? Tidak mendapat keuntungan! Fahami bahawa, tujuan anda berniaga adalah untuk menapat keuntungan, dan keuntungan hanya akan datang apabila anda mengaplikasikan ilmu dan strategi perniagaan dengan betul. Lengkapkan minda anda dengan ilmu perniagaan ini.

2. Menjalankan perniagaan dari rumah, ada juga dugaannya. Katil sedang memanggil, sofa sedang memujuk dan TV mensajikan rancangan-rancangan menarik!

Memulakan perniagaan akan menjadikan anda majikan atau boss! Anda adalah majikan anda. Dan ini memerlukan disiplin yang amat tinggi. Tanpa disiplin, pastinya kita akan terleka dengan kemudahan yang ada di rumah.

Kini anda tidak lagi bekerja 9 hingga 5 petang. Oleh itu, waktu tersebut sudah menjadi waktu kerja baru anda. Walaupun dari rumah, hasilkan jadual yang terperinci dan tepat untuk anda ikuti- tetapkan masa rehat, makan, minum, solat seperti mana anda lakukan di tempat kerja. Hasilkan jadual seperti di sekolah dulu, di mana waktu tertentu digunakan untuk melakukan aktiviti perniagaan tertentu.

Tanpa disiplin yang tegar, pastinya bekerja dari rumah hanya menjadi mimpi- terutamanya bila katil memanggil! ;)

3. Ketahui kekuatan dan KELEMAHAN anda! Memang sering saya menyebut, memulakan perniagaan, perlu mengikut minat, kebolehan dan kekuatan kita. Namun, jangan lupa pula dengan KELEMAHAN kita. Pandai bermain gitar, tidak bermakna pandai berniaga gitar. Pandai memasak, tidak bermakna pandai berniaga masakan. Pandai berfesyen, tidak bermakna pandai menjual pakaian.

Dalam apa yang kita lakukan, fikirkan juga kelemahan yang ada pada kita. Berniaga dari rumah, sering kali dilakukan seorang diri. Tiada orang akan menganggu kita. Dalam waktu yang sama juga, tiada siapa yang akan menegur kita tentang kelemahan yang ada.

Oleh itu, mindset yang kita perlu adalah lebih kritikal untuk melihat kelemahan diri sendiri. Dalam mencapai apa sahaja matlamat, kelemahan kita akan melambatkan kita mencapainya. Jangan sahaja melihat kekuatan, tetapi, lihat juga kelemahan.


Memulakan perniagaan dari rumah, adalah perkara yang amat saya syorkan kepada anda. Bukan sahaja peluang pulanganya kalau betul caranya, adalah lumayan. Tetapi, berniaga dari rumah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan oleh kerana masa kita lebih banyak di rumah bersama keluarga tercinta!

Monday, March 26, 2012

Public Gold to open 3 more branches by year-end

PENANG, March 15 (Bernama) -- Public Gold Group, a company offering an integrated range of gold trading, is looking to expand its business by opening three more branches by year-end.

Its chairman Datuk Louis Ng Chun Hau said the company currently had 14 branches throughout Malaysia with three new ones in Kota Kinabalu, Kajang and Klang.

"The Kajang and Klang branches are our third and fourth respectively in the Klang Valley, with the other two in Sunway and Ampang. The Kota Kinabalu branch is our first in Sabah," he added.

Ng was speaking to reporters after the opening of Public Gold''s news corporate office by the Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun, here today.

He said the company also planned to expand its business to the international market by venturing into Singapore in June this year.

He said the Singapore government''s move to revoke the Goods and Services Tax (GST) on gold this year was a positive development as it would help ensure higher returns for industry players. 

"We urge the Malaysian government to not follow Singapore''s mistake of imposing the GST on gold as it erodes the margin of traders and makes it impractical for people to purchase the precious metal as an asset class," he added. 

Ng said the company now had about 30,000 dealers and 60,000 customers with a 300 per cent growth per annum.

Commenting on the company''s new corporate office at Technoplex, in the Free Industrial Zone in Bayan Lepas, he said it would consolidate all the business operations of the company.

Earlier, the company contributed RM241,000 to the Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah Charity Fund as part of its corporate social responsibility initiative. -- BERNAMA

Saturday, March 24, 2012

Tips menarik kpd yg berminat membeli emas Part 1

Cuba lihat peratus kenaikan harga emas di bawah:


Tiap-tiap tahun harga emas meningkat. So, terjawab tak kenapa kita mesti beli emas?

Kenapa tak boleh simpan emas lama-lama? Jawabnya kurang untung sebab apa yg anda simpan itulah yg anda ada. Contohnya anda beli 1 Dinar hari ini kalau simpan 10 tahun ia akan tetap 1 Dinar (cuma harga lebih tinggi). Tetapi jika anda membeli ketika harga rendah kemudian jual pada harga tinggi dan proses ini diulang-ulang maka anda akan dapat memaksimakan keuntungan anda.

Menentukan harga rendah dan harga tinggi adalah kunci untuk membeli dan menjual emas. Mahu tahu lebih lanjut tentang harga rendah dan harga tinggi sila klik video di bawah.



Paparan video mungkin besar. Sila right click ketika video dimainkan dan pilih Show All.

Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh email fahmi.azzahari@facebook.com
atau lawati laman fb saya di Fahmi ST Azzahari

Thursday, March 22, 2012

Status dan pendapat: Pelaburan emas di Malaysia

31/01/2012 - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Kerajaan digesa mengeluarkan satu garis panduan pelaburan emas bagi menjaga kepentingan awam dan memastikan peniaga tidak sewenang-wenangnya mengaut keuntungan.

Garis panduan yang dikeluarkan itu juga perlu disusuli dengan penubuhan sebuah badan penyelia yang memantau perjalanan pelaburan tersebut seperti dilakukan Suruhanjaya Sekuriti terhadap institusi pasaran saham.

Pensyarah Kuliyyah Ekonomi dan Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, garis panduan tersebut penting memandangkan jumlah orang ramai yang terpancing dengan tarikan keuntungan lumayan pelaburan itu kian meningkat.

"Turut perlu ditekankan pada garis panduan tersebut adalah jenis kualiti emas yang sesuai dijadikan pelaburan berbanding emas bagi tujuan pengeluaran barang kemas dan kosmetik.

"Meskipun pelaburan sebegini dikatakan menjamin keuntungan lumayan dan lebih selamat kerana harga emas terus stabil dan dijangka meningkat walaupun berdepan dengan suasana ekonomi yang suram, namun terdapat juga pihak yang akan menangguk di air keruh.

"Tabiat masyarakat kita yang hanya mahu keuntungan jangka masa pendek juga menjadi faktor," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas rintihan seorang pengadu dikenali Tsuri di dalam ruangan forum Utusan Malaysia hari ini yang merasakan dirinya tertipu selepas cuba menjual semula ketulan emas miliknya di sebuah kedai, namun ia hanya bernilai RM15,400 untuk 100 gram berbanding harga pasaran semasa iaitu RM19,800.

Abdul Rahim menjelaskan, pelaburan jongkong emas bukan sebuah pelaburan jangka masa singkat dan pelabur perlu menunggu sehingga satu masa sesuai bagi menikmati keuntungannya.

Sementara itu, Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa berkata, buat masa ini, undang-undang sedia ada sudah memadai untuk mengawal pelaburan jongkong emas.

Katanya, kewujudan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sebagai badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan pengguna di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 sudah memadai untuk tujuan tersebut.

"Saya bersetuju pelaburan jenis ini terdedah dengan kes penipuan dan kekeliruan, namun tidak perlulah menubuhkan sebuah badan pemantau mahupun satu set garis panduan lain.

"Cuma pelabur emas perlu berusaha mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar pihak berpengalaman dan profesional dari dalam atau luar lingkaran sosial mereka bagi mengelakkan kesilapan atau kekeliruan," katanya.

Monday, March 19, 2012

Produk Terbaru Public Gold

Rahsia mencapai kejayaan cemerlang

Masa adalah komoditi yang amat berharga pada zaman ini. Sering kali dilihat, mereka yang berjaya adalah mereka yang agak berumur. Ini kerana, masa telah memainkan peranan dalam mengumpulkan kejayan. 

 

Berikut adalah ringkasan 3 tips yang saya sampaikan:

Menetapkan matlamat jangka pendek adalah sebahagian daripada mengurus masa dengan cekap. Tulis apa yang anda hendak lakukan hari ini... esok... minggu ini. Kiranya, matlamat jangka pendek. Aksi menulis tersebut akan membuat kan matlamat jangka pendek kita masuk ke minda separuh sedar kita, dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja kerja yang ditulis.

Tulis matlamat di atas pada malam sebelumnya. Kerana, ketika tidur pun, apa yang kita rancangkan untuk esok akan bermain di kepala kita dan membuatkan kerja tersebut lebih mudah untuk dilaksanakan dengan cepat.

Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk yang akan terjadi sekiranya kerja yang kita ingin lakukan tidak siap. Manusia adalah insan yang beremosi. Kita melakukan sesuatu kerana inginkan kebahagiaan, dan mengelakkan kesengsaraan. namun, keadaan emosi "mengelakkan kesengsaraan" adalah lebih kuat untuk memotivasikan kita melakukan kerja dengan lebih cekap.

Menjimat masa adalah amat penting kerana masa yang terlepas... kita tidak akan jumpa kembali!

Saturday, February 18, 2012

Sukarnya proses jual-beli saham BSKL


1. Sebarang urusniaga beli dan jual saham di pasaran saham perlu menggunakan khidmat broker.

2. Kita tidak boleh membeli atau menjual saham secara terus seperti jual-beli barang di pasar malam, walaupun pelabur tersebut berada di Bursa Malaysia, tempat dimana urusniaga saham berlangsung.

3. Broker pula perlulah terdiri daripada syarikat-syarikat broker yang mempunyai lesen dan berdaftar dengan Bursa Malaysia.

4. Syarikat broker yang mempunyai lesen dan berdaftar dengan Bursa Malaysia boleh didapati di sini.

5. Selepas memilih syarikat broker, kita perlu membuka CDS akaun dan juga Trading akaun di syarikat broker saham yang dipilih tadi.

6. Selepas kedua-dua akaun ini dibuka, syarikat broker tersebut akan assign seorang remiser yang akan menguruskan akaun kita. Remiser adalah main contact kita di syarikat broker tadi. Jadi untuk memudahkan urusan, kita perlu hafal client code kita, nama remiser kita dan juga id remiser sekali kalau ada.
7. Remiser inilah orang yang perlu kita hubungi  jika hendak membeli atau menjual saham secara offline. Kalau ada apa-apa masalah berkaitan dengan akaun pun, boleh minta remiser untuk bantu kita selesaikannya.
8. Disamping menguruskan akaun pelaburan kita, kita juga boleh meminta nasihat atau pandangan dari remiser berkenaan saham yang kita berminat nak beli. Tapi jangan terlalu bergantung atau  percaya sepenuhnya kepada remiser. Sebagai pelabur, kita perlu membuat research kita sendiri sebelum membeli sesuatu saham.
9. Terdapat 2 cara untuk beli dan jual saham di pasaran saham iaitu secara  offline atau online.
10. Offline trading bermaksud pelabur perlu menghubungi remiser personally melalui phone untuk place order (beli atau jual saham).
11. Online trading pula bermaksud pelabur menggunakan platform internet untukplace order. Online trading selalunya tidak disertakan dengan pakej nasihat atau pandangan dari remiser. Semuanya adalah di atas bahu pelabur semata-mata.
12. Oleh yang demikian, online trading mengenakan caj broker yang rendah berbanding dengan offline trading.
13. Untuk membeli saham, pelabur perlu mempunyai duit yang mencukupi di dalam trading akaun untuk menampung kos belian saham dan kos transaksi.
14. Kos tersebut akan di tolak daripada trading akaun pada hari T+3 by 12.30pm, dan pada masa yang sama, unit saham yang dibeli tadi akan dimasukkan ke dalam akaun CDS pelabur.
15. Begitu juga dengan proses jualan saham. Duit jualan saham akan dimasukkan ke dalam trading akaun pelabur pada T+3 by 12.30pm, dan pada masa yang sama, unit saham yang dijual tadi akan ditolak dari akaun CDS pelabur.
16. Selepas urusniaga beli/jual saham selesai, contract note akan dihantar oleh syarikat broker kepada pelabur. Semenjak perlaksanaan e-contract, pelabur akan menerima contract note melalui emel.
17. Contract note akan mencatatkan tarikh belian/jualan saham (iaitu tarikh T-day), saham syarikat yang dibeli/dijual, jumlah unit saham yang dibeli/dijual, kos belian/jualan saham, kos transaksi dan nilai bersih belian/jualan saham.
18. Pelabur perlu memeriksa butir-butir tadi pada contact note dan pastikan ianya betul dan tepat.
Related posts:
  1. Asas Saham: Caj Urusniaga Saham
  2. Asas Saham: Bagaimana Untuk Melabur di BSKL
  3. Asas Saham: Apa itu IPO
  4. Asas Saham: CDS account
  5. Asas Saham: Direct Acc Vs Nominee Acc

Saturday, February 4, 2012

Teknik Jualbeli Emas/Perak Yang Menguntungkan

Salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

  • Tahukah anda KENAIKAN dan PENURUNAN harga emas dan perak berlaku berkali-kali dalam setahun? 
  • Tahukah anda sekarang ialah waktu untuk MENJUAL EMAS? 
  • Tahukah anda sekarang ialah waktu untuk MEMBELI PERAK?

Ada pelabur yg merasa rugi bila membeli emas atau perak walaupun mereka akan tetap untung akhirnya. Sebenarnya ada perbezaan di antara melabur dan 'trade' emas dan perak. Melabur hanya sekali lepas tu menunggu. Tetapi 'trade' atau jual/beli emas dan perak boleh dilakukan berkali-kali dalam setahun/sepanjang masa. Maknanya berkali-kalilah anda akan untung. Tetapi nak untung mesti ada ILMU. Di sinilah perlunya Strategi 5B. Apa itu 5B? 5B ialah teknik yang telah diuji dan terbukti mendatangkan keuntungan apabila 'trade' emas atau perak. 5B ialah:

- Bila Nak Beli
- Bila Nak Jual
- Berapa Banyak Nak Beli
- Berapa Banyak Nak Jual
- Bila Nak Beli Semula

Kalau anda mahu belajar ILMU Strategi 5B anda perlu klik banner di bawah: