Semalam saya berjumpa seorang rakan. Sambil minum di kedai saya mengatakan sekarang ialah masa yang sangat sesuai untuk membeli emas. Kalau tunggu selepas bulan 5 kemungkinan besar harga emas sudah naik, jadi pada ketika itu masa untuk menjual bukannya membeli emas. Dia terus bertanya mana saya tahu perkara tersebut.
Saya tahu kerana saya melihat pergerakan harga emas dunia melalui graf pergerakan harga emas. Graf yang akan saya tunjukkan kemudian telah disediakan oleh mentor saya Master Dealer Faizan Dasuki pemilik blog Pelabur Jutawan. Sangat mudah, graf itu menunjukkan pergerakan harga emas dunia yang anda boleh dapati dari laman web Kitco. Apa itu Kitco? Kitco ialah sebuah syarikat berkaitan emas di Montreal, Kanada dan beroperasi di seluruh dunia. Petikan dari laman web Kitco:
Kitco juga menyediakan graf pergerakan harga logam-logam berharga seperti emas, perak dan lain-lain. Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas.
Di bawah ialah graf harga emas yang saya maksudkan tadi. Juga terdapat 'screen capture' harga emas dari laman web Public Gold pada tarikh 29-2-2012 dan 5-5-2012. Inilah keistimewaan Public Gold di mana PERGERAKAN HARGA EMAS Public Gold = Kitco (harga emas dunia). Sangat menarik kerana harga emas Public Gold ialah harga REAL-TIME, bukan ikut harga tauke emas (di kedai-kedai emas). Anda akan pening kalau melihat harga-harga emas tersebut. Tak mau pening anda hanya perlu lihat graf pergerakan harga emas. Mudah bukan?
Sekiranya anda membandingkan harga emas (PG Sell) pada kedua-dua tarikh tersebut anda akan dapati harga emas sekarang berada pada paras harga 'support' atau paras harga rendah. Pada paras inilah anda sepatutnya membeli emas dan paras ini akan tidak akan kekal lama.
Jadinya apa yang anda perlu buat sekarang? Belilah emas di Public Gold dan bagitau semua orang harga emas tengah rendah supaya mereka juga boleh membeli emas sama seperti anda. Apabila harga naik nanti anda jual dan suruh juga kawan-kawan jual balik kepada Public Gold (tak perlu susah-susah mencari pembeli!). Itulah mudahnya cara buat untung dengan jualbeli atau 'trading' emas melalui Public Gold. Buy Low and Sell High!

Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh email saya:
fahmi.azzahari@facebook.com
atau lawati facebook saya di
No comments:
Post a Comment