Sunday, January 29, 2012

Skim Cepat Kaya, Trade Emas vs Trade Saham


Apa saja urusan yang melibatkan pengambilan duit utk helaian kertas mesti mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM), itu yg terlalu ramai org tidak bertanya sebelum membuat sebarang pelaburan. Sehingga ke hari ini masih terlalu ramai orang yang tertipu atau membiarkan diri mereka ditipu kerana TIDAK BERTANYA SEBELUM MEMBUAT PELABURAN.

Menjual dan membeli saham di BSKL juga tertakluk dibawah pengawasan ketat BNM. Sebagai contoh, bukan senang hendak membeli saham. Pembeli perlu mematuhi banyak peraturan yg telah diluluskan oleh BNM  seperti berurusan dengan 'broker firm'. Di bawah 'broker firm' ada pula 'dealer/remisier'. Lepas tu perlu buka akaun CDS untuk menyimpan rekod jual/beli saham. Setiap kali menjual/membeli saham bayaran komisen akan dikenakan. Bukan mudah untuk menjadi seorang 'remisier'. Seseorang itu perlu lulus beberapa 'exam' yg dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti utk layak bergelar 'remisier'. 'Remisier' juga perlu membayar sewa pejabat dan kelengkapan kepada syarikat broker. Bayangkanlah berapa banyak kos yg perlu dikeluarkan untuk membeli satu lot saham.

Berbeza dengan jual/beli emas dan perak fizikal, anda tidak perlu khidmat 'remisier'. Anda tidak perlu ke syarikat broker, di mana-mana cawangan Public Gold pun anda boleh jual/beli emas dan perak. Kalau anda ada modal anda sendiri boleh jadi Dealer tanpa perlu ambil dan lulus sebarang 'exam' (saya tau sebab dulu saya pernah jadi Paid Dealer di M & A Securities Sdn Bhd di Ipoh, Perak). Sebagai Dealer, bila anda jual/beli emas dan perak anda sendiri makan komisen dan dalam masa yang sama menikmati untung sewaktu kenaikan harga komoditi tersebut.

No comments:

Post a Comment