Monday, April 29, 2013

Pendapat saya tentang turutan pelaburan yang baik

Dari kuliah-kuliah agama dan sedikit ilmu berkaitan pelaburan yang saya pelajari, pelaburan yang baik adalah seperti berikut:-

SEDEKAH
Kenapa sedekah merupakan pelaburan terbaik. Sebagai orang Islam bekalan akhirat adalah yang paling penting untuk bertemu Allah. Segala amalan akan dihitung dan 3 amalan kebajikan yang tidak terputus setelah mati ialah doa anak-anak soleh, sedekah/amal jariah dan ilmu bermanfaat yang tidak henti diamalkan. Pelaburan ini jika disertakan dengan hati yang ikhlas, pasti Allah Yang Maha Pemurah akan memberi balasan berlipat kali ganda.

PERLINDUNGAN DIRI DAN KELUARGA
Ini juga merupakan pelaburan yang baik kerana pelaburan ini dijamin dan diluluskan oleh pihak yang berwajib seperti Bank Negara Malaysia dan lain-lain. Anda tidak tahu apa yang akan berlaku selepas anda membaca artikel ini. Perkara yang malang mungkin menimpa diri kita pada bila-bila masa. Justeru itu setiap dari kita mesti memiliki perlindungan untuk meringankan beban sekiranya perkara tersebut berlaku. Sebab inilah terdapatnya Takaful Keluarga, Kad Perubatan dan paling kurang perlu ada Takaful Kemalangan.



PELABURAN MODAL/DUIT
Yang terakhir ialah pelaburan modal dalam saham, unit amanah, perniagaan, emas, perak dan lain-lain. Perlu diingat pelaburan ini mempunyai risiko kerugian.

Jadi fikir-fikirlah.... selamat maju jaya :)

Tuesday, January 8, 2013

Mudahnya mendaftar jadi pelanggan Public Gold

Langkah 1
Sila klik link ini >>> Daftar Jadi Pelanggan Public Gold Secara Online

Langkah 2
Klik perkataan Login dalam bulatan biru


Langkah 3
Klik perkataan Register dalam kotak biru


Langkah 4
Isi borang di bawah dengan LENGKAP dan akhir sekali klik Register dalam kotak biru


SELESAI bab pertama iaitu Daftar Jadi Pelanggan Public Gold Secara Online, mudah sekali!

p/s: Nanti kita belajar Lock Harga Emas Secara Online