Friday, March 30, 2012

3 kategori pelaburan

1. Pelaburan berisiko rendah -> untung rendah
2. Pelaburan berisiko sederhana -> untung sederhana
3. Pelaburan berisiko tinggi -> untung tinggi

 

Wednesday, March 28, 2012

Mindset Berniaga Dari Rumah atau Mobile

~ Dari artikel Irfan Khairi

Memulakan perniagaan bagi mereka yang belum berpengalaman berniaga merupakan satu langkah yang besar. Walaupun perniagaan bermula dari rumah, untuk berjaya, seseorang itu perlu benar-benar serius dan memberi dedikasi sepenuhnya kepada perniagaan yag dijalankan.


Sebelum memulakan perniagaan, bukan sekadar kita perlu melengkapkan peralatan dan strategi untuk berniaga, kita juga turut perlu melengkapkan mindset kita untuk berjaya. Berikut adalah antara Mindset yang perlu ada untuk berniaga dari rumah.

1. Ketahui dan fahami sebab musabab anda ingin memulakan perniagaan. Pastinya menjalankan perniagaan, tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan membantu diri, keluarga dan juga agama. Mungkin bunyinya agak mementingkan diri, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa, memulakan perniagaan perlu bermatlamatkan keuntungan!

Untuk mendapatkan untung dalam perniagaan, bukanlah perkara yang mudah. Untuk berjaya, memerlukan strategi yang terbaik. 90% perniagaan gagal dalam tahun pertama sahaja beroperasi. Selebihnya, akan memasuki tahun kedua. Dalam jumlah itu pula, separuh akan bungkus dan gulung tikar.

Sebabnya? Tidak mendapat keuntungan! Fahami bahawa, tujuan anda berniaga adalah untuk menapat keuntungan, dan keuntungan hanya akan datang apabila anda mengaplikasikan ilmu dan strategi perniagaan dengan betul. Lengkapkan minda anda dengan ilmu perniagaan ini.

2. Menjalankan perniagaan dari rumah, ada juga dugaannya. Katil sedang memanggil, sofa sedang memujuk dan TV mensajikan rancangan-rancangan menarik!

Memulakan perniagaan akan menjadikan anda majikan atau boss! Anda adalah majikan anda. Dan ini memerlukan disiplin yang amat tinggi. Tanpa disiplin, pastinya kita akan terleka dengan kemudahan yang ada di rumah.

Kini anda tidak lagi bekerja 9 hingga 5 petang. Oleh itu, waktu tersebut sudah menjadi waktu kerja baru anda. Walaupun dari rumah, hasilkan jadual yang terperinci dan tepat untuk anda ikuti- tetapkan masa rehat, makan, minum, solat seperti mana anda lakukan di tempat kerja. Hasilkan jadual seperti di sekolah dulu, di mana waktu tertentu digunakan untuk melakukan aktiviti perniagaan tertentu.

Tanpa disiplin yang tegar, pastinya bekerja dari rumah hanya menjadi mimpi- terutamanya bila katil memanggil! ;)

3. Ketahui kekuatan dan KELEMAHAN anda! Memang sering saya menyebut, memulakan perniagaan, perlu mengikut minat, kebolehan dan kekuatan kita. Namun, jangan lupa pula dengan KELEMAHAN kita. Pandai bermain gitar, tidak bermakna pandai berniaga gitar. Pandai memasak, tidak bermakna pandai berniaga masakan. Pandai berfesyen, tidak bermakna pandai menjual pakaian.

Dalam apa yang kita lakukan, fikirkan juga kelemahan yang ada pada kita. Berniaga dari rumah, sering kali dilakukan seorang diri. Tiada orang akan menganggu kita. Dalam waktu yang sama juga, tiada siapa yang akan menegur kita tentang kelemahan yang ada.

Oleh itu, mindset yang kita perlu adalah lebih kritikal untuk melihat kelemahan diri sendiri. Dalam mencapai apa sahaja matlamat, kelemahan kita akan melambatkan kita mencapainya. Jangan sahaja melihat kekuatan, tetapi, lihat juga kelemahan.


Memulakan perniagaan dari rumah, adalah perkara yang amat saya syorkan kepada anda. Bukan sahaja peluang pulanganya kalau betul caranya, adalah lumayan. Tetapi, berniaga dari rumah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan oleh kerana masa kita lebih banyak di rumah bersama keluarga tercinta!

Monday, March 26, 2012

Public Gold to open 3 more branches by year-end

PENANG, March 15 (Bernama) -- Public Gold Group, a company offering an integrated range of gold trading, is looking to expand its business by opening three more branches by year-end.

Its chairman Datuk Louis Ng Chun Hau said the company currently had 14 branches throughout Malaysia with three new ones in Kota Kinabalu, Kajang and Klang.

"The Kajang and Klang branches are our third and fourth respectively in the Klang Valley, with the other two in Sunway and Ampang. The Kota Kinabalu branch is our first in Sabah," he added.

Ng was speaking to reporters after the opening of Public Gold''s news corporate office by the Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun, here today.

He said the company also planned to expand its business to the international market by venturing into Singapore in June this year.

He said the Singapore government''s move to revoke the Goods and Services Tax (GST) on gold this year was a positive development as it would help ensure higher returns for industry players. 

"We urge the Malaysian government to not follow Singapore''s mistake of imposing the GST on gold as it erodes the margin of traders and makes it impractical for people to purchase the precious metal as an asset class," he added. 

Ng said the company now had about 30,000 dealers and 60,000 customers with a 300 per cent growth per annum.

Commenting on the company''s new corporate office at Technoplex, in the Free Industrial Zone in Bayan Lepas, he said it would consolidate all the business operations of the company.

Earlier, the company contributed RM241,000 to the Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah Charity Fund as part of its corporate social responsibility initiative. -- BERNAMA

Saturday, March 24, 2012

Tips menarik kpd yg berminat membeli emas Part 1

Cuba lihat peratus kenaikan harga emas di bawah:


Tiap-tiap tahun harga emas meningkat. So, terjawab tak kenapa kita mesti beli emas?

Kenapa tak boleh simpan emas lama-lama? Jawabnya kurang untung sebab apa yg anda simpan itulah yg anda ada. Contohnya anda beli 1 Dinar hari ini kalau simpan 10 tahun ia akan tetap 1 Dinar (cuma harga lebih tinggi). Tetapi jika anda membeli ketika harga rendah kemudian jual pada harga tinggi dan proses ini diulang-ulang maka anda akan dapat memaksimakan keuntungan anda.

Menentukan harga rendah dan harga tinggi adalah kunci untuk membeli dan menjual emas. Mahu tahu lebih lanjut tentang harga rendah dan harga tinggi sila klik video di bawah.



Paparan video mungkin besar. Sila right click ketika video dimainkan dan pilih Show All.

Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh email fahmi.azzahari@facebook.com
atau lawati laman fb saya di Fahmi ST Azzahari

Thursday, March 22, 2012

Status dan pendapat: Pelaburan emas di Malaysia

31/01/2012 - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Kerajaan digesa mengeluarkan satu garis panduan pelaburan emas bagi menjaga kepentingan awam dan memastikan peniaga tidak sewenang-wenangnya mengaut keuntungan.

Garis panduan yang dikeluarkan itu juga perlu disusuli dengan penubuhan sebuah badan penyelia yang memantau perjalanan pelaburan tersebut seperti dilakukan Suruhanjaya Sekuriti terhadap institusi pasaran saham.

Pensyarah Kuliyyah Ekonomi dan Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, garis panduan tersebut penting memandangkan jumlah orang ramai yang terpancing dengan tarikan keuntungan lumayan pelaburan itu kian meningkat.

"Turut perlu ditekankan pada garis panduan tersebut adalah jenis kualiti emas yang sesuai dijadikan pelaburan berbanding emas bagi tujuan pengeluaran barang kemas dan kosmetik.

"Meskipun pelaburan sebegini dikatakan menjamin keuntungan lumayan dan lebih selamat kerana harga emas terus stabil dan dijangka meningkat walaupun berdepan dengan suasana ekonomi yang suram, namun terdapat juga pihak yang akan menangguk di air keruh.

"Tabiat masyarakat kita yang hanya mahu keuntungan jangka masa pendek juga menjadi faktor," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas rintihan seorang pengadu dikenali Tsuri di dalam ruangan forum Utusan Malaysia hari ini yang merasakan dirinya tertipu selepas cuba menjual semula ketulan emas miliknya di sebuah kedai, namun ia hanya bernilai RM15,400 untuk 100 gram berbanding harga pasaran semasa iaitu RM19,800.

Abdul Rahim menjelaskan, pelaburan jongkong emas bukan sebuah pelaburan jangka masa singkat dan pelabur perlu menunggu sehingga satu masa sesuai bagi menikmati keuntungannya.

Sementara itu, Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa berkata, buat masa ini, undang-undang sedia ada sudah memadai untuk mengawal pelaburan jongkong emas.

Katanya, kewujudan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sebagai badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan pengguna di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 sudah memadai untuk tujuan tersebut.

"Saya bersetuju pelaburan jenis ini terdedah dengan kes penipuan dan kekeliruan, namun tidak perlulah menubuhkan sebuah badan pemantau mahupun satu set garis panduan lain.

"Cuma pelabur emas perlu berusaha mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar pihak berpengalaman dan profesional dari dalam atau luar lingkaran sosial mereka bagi mengelakkan kesilapan atau kekeliruan," katanya.

Monday, March 19, 2012

Produk Terbaru Public Gold

Rahsia mencapai kejayaan cemerlang

Masa adalah komoditi yang amat berharga pada zaman ini. Sering kali dilihat, mereka yang berjaya adalah mereka yang agak berumur. Ini kerana, masa telah memainkan peranan dalam mengumpulkan kejayan. 

 

Berikut adalah ringkasan 3 tips yang saya sampaikan:

Menetapkan matlamat jangka pendek adalah sebahagian daripada mengurus masa dengan cekap. Tulis apa yang anda hendak lakukan hari ini... esok... minggu ini. Kiranya, matlamat jangka pendek. Aksi menulis tersebut akan membuat kan matlamat jangka pendek kita masuk ke minda separuh sedar kita, dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja kerja yang ditulis.

Tulis matlamat di atas pada malam sebelumnya. Kerana, ketika tidur pun, apa yang kita rancangkan untuk esok akan bermain di kepala kita dan membuatkan kerja tersebut lebih mudah untuk dilaksanakan dengan cepat.

Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk yang akan terjadi sekiranya kerja yang kita ingin lakukan tidak siap. Manusia adalah insan yang beremosi. Kita melakukan sesuatu kerana inginkan kebahagiaan, dan mengelakkan kesengsaraan. namun, keadaan emosi "mengelakkan kesengsaraan" adalah lebih kuat untuk memotivasikan kita melakukan kerja dengan lebih cekap.

Menjimat masa adalah amat penting kerana masa yang terlepas... kita tidak akan jumpa kembali!